Pada pagi yang sibuk, seperti biasa, Malik sedang bersiap untuk keluar Outstaion selama 2 hari atas urusan kerja. Tumbler kopi di tangan kiri, kunci kereta di tangan kanan, dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Namun, ketika mata memandang cermin tingkap, dia tiba-tiba Malik teringat sesuatu. “Insurans kereta serta roadtax aku tamat hari ini, kan?” hati kecilnya bertanya.
Panik seketika. Satu lagi perkara yang perlu difikirkan.
“Takkan nak pergi kedai insurans pagi-pagi ni? Tak ada masa!” fikirnya.
Tapi, dia tak mahu ambil risiko. Tak mahu keluar tanpa perlindungan serta roadtax. Tambahan pula sekarang ni pihak Polis dan JpJ kerap adakan sekatan jalan.